Pom! Pom! Pom!
Tepat kul 12...sayup2 je aku dengar bunyi gegak gempita bunyi bunga api diletup...menandakan 55 tahun sudah kita merdeka...
Merdekakah aku? Merdekakah kita? Merdekakah mereka? Kalau sisi fizikal teorinya..ya...atas kertas, dalam buku sejarah...kita gah kerana merdeka melalui penyatuan, tanpa peperangan...kesatuan yang tiada tara hingga penjajah gentar dengan smangat perpaduan satu masa dulu...
Tapi praktikalnya...merdekakah kita?Aku reflek diri aku sendiri saja...cerita cerita Korea saja dah berpuluh dalam laptop, ini pulak lagu2nya...realiti show nya lah...apa lah....kalau secara keseluruhannya...tolak campur darab bahagi...aku x rasa aku sudah merdeka...merdeka dari dijajah budaya asing...
Reflek diri sendiri berakhir dengan pandangan ke butang Delete...ya..butang itu bererti...butang itu sudah banyak menghalangku dari perkara sia2...salah yang x semena mena...tapi adakah minda yang 'terjajah' ini dapat ku perbetulkan...malam ini...aku tak kuasa mengorban Running Man dan lambakan cerita2 Korea yang masih tetap dalam lappyku...sorry butang Delete..
pom! pom! bunga api masih lagi berbunyi...dan reflek aku terarah pula pada agama...adakah aku sudah merdeka dan bebas dari cengkaman nafsu?adakah aku kuat untuk berkata tidak pada kepincangan manusia?mana pula nilai diri aku kelak di hadapan Pencipta...
Apa butang Delete di hujung kanan keyboard ni masih lagi akan aku gunakan untuk menjadi insan yang lebih baik??atau butang ini juga yang kelak aku akan gunakan untuk mengatakan tidak pada kebaikan..membuang segala kebaikan, nota agama, dan sebagainya...Nauzubillah...
"jihad sebenar adalah jihad melawan nafsu sendiri...kerana nafsu adalah senjata..kawan jika dapat dilentur,musuh jika ia mengganas..."
kata2 guru aku ingat jelas dalam benak..aku harus merdeka...biar bukan mendadak..namun harus sentiasa istiqamah...manusia berhak untuk membaiki dirinya...bagai masa yang kian berputar, roda kehidupan juga harus sentiasa berubah...yang pasti arahnya adalah ke arah kebaikan hakiki
Seperti butang delete, buruknya kata2 kesat boleh diganti dengan pujian2 memuji Pencipta..begitulah jua keburukan hati...tak mustahil berganti kebaikan dan tunduknya nafsu dalam diri...
Sisi merdeka aku direflekkan pada butang di sudut kanan keyboard itu..akan ada peluang untuk berubah bagi yang ingin...akan ada jalan yang terarah andai benar2 mahu...nak atau x ja...
Selamat hari Merdeka ke 55 Malaysia..selamat hari kemerdekaan para pejuang negara...aku sentuh perlahan dada...'Wahai hati, kau belum layak digelar merdeka selama nafsu masih belum tertunduk...kau masih belum layak..inilah jihad sepanjang hidup aku, kau, kita, mereka dan yang ingin berubah...jihad melawan nafsu masa yang sama kuat hati mentarbiyyah manusia keliling..moga istiqamah pejuang jihad'
andai Allah inginkan kebaikan...andai hati inginkan kemerdekaan...pasti mudah jalanmu memahami agama...pasti mudah jalanmu mendampingi ulama...
tak salah sekalipun melayan semua cerita dan lagu.
ReplyDeletebut the thing is macam mana kita kekalkan identiti bangsa, merakyatkan budaya asing.
ambil yg baik, baikkan yg tak baik. :D